Booth NADI di Karnival Gala Techno STEM – SK Dato’ Shah Bandar
12 Oktober 2025 | Aktiviti TerkiniPada 11 Oktober 2025, NADI Kota Pekan telah menerima jemputan dari pihak MCMC untuk mengadakan reruai Kempen Internet Selamat sempena Karnival Gala Techno STEM di SK Dato’ Shah Bandar, Rembau. Pengurus NADI Kota Pekan juga telah dipanggil untuk menjadi salah seorang penceramah jemputan untuk berkongsi mengenai Kempen Internet Selamat. Tujuan booth pameran ini adalah untuk memberi pengetahuan lebih jelas mengenai NADI dan perkongsian mengenai cara melindungi diri dari menjadi mangsa jenayah siber.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: