Reruai NADI dan Kempen Internet Selamat sempena Program JOTA JOTI Peringkat Antarabangsa

19 Oktober 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Oktober 2025, NADI Kota Pekan telah mengikuti Program Kempen Internet Selamat sempena Program JOTA JOTI Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Tampin. Program ini bertujuan untuk memperkasakan kesedaran keselamatan siber dalam kalangan pelajar dan guru di Negeri Sembilan. Pihak NADI telah melaksanakan reruai NADI dengan pelbagai aktiviti interaktif seperti kuiz keselamatan digital, edaran risalah dan taklimat mengenai Kempen Internet Selamat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali