Cybersecurity – Sim Swap – Ancaman Siber Kepada Usahawan Slot 1
19 September 2025 | Aktiviti TerkiniPada 18 September 2025, telah berlangsung webinar cybersecurity yang bertajuk Sim Swap (Ancaman Siber Kepada Usahawan Slot 1). Webinar ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta bagaimana serangan Sim Swap berlaku dan cara mudah untuk mengelak menjadi mangsa serangan Sim Swap. Peserta juga dapat mengetahui kesan buruk Sim Swap kepada usahawan yang membolehkan data pelanggan hilang dan risiko akaun digodam.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: